Foto: FB Dr Ahmad Sanusi.

KUALA LUMPUR – Ahli akademik yang juga pendakwah, Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang dilihat cuba menafsirkan ayat al-Quran berdasarkan tafsiran yang menyeleweng selari dengan perintah Rasulullah SAW.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu merujuk kepada poster pada perarakan Hari Wanita lalu yang menggunakan ayat al-Quran seolah-olah Allah SWT tidak melarang perbuatan LGBT.

Menurutnya, poster itu mempamerkan ayat ke-21 Surah al-Rum yang dinotakan sebagai `Tuhan izinkan aku jadi pelangi’, sekali gus merupakan penyelewengan makna ayat al-Quran oleh golongan tersebut.

Sedangkan, jelas beliau, perkataan “anfusikum” sebagai tafsiran “jenismu sendiri” dalam ayat itu bukan merujuk kepada jantina sejenis, tetapi pasangan daripada jenis manusia, bukannya makhluk lain.

“Perkataan “anfusikum” yang ditafsirkan sebagai kaum sejenis ini telah sebutkan sebanyak 45 kali di dalam al-Quran dan tidak ada satu pun yang merujuk kepada kaum sejenis,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Ahmad Sanusi, penyelewengan makna yang dilakukan oleh golongan itu adalah sangat jelas, sekali gus mengundang ancaman daripada Rasulullah SAW yang memberi amaran keras kepada Muslim supaya berhati-hati dalam menafsirkan ayat al-Quran. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast