Pengurus Dodol Warisan, Abdul Rahman Yusof, 59 mengacau dodol di dalam kawah agar dimasak dengan sempurna untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.

KLANG – Veteran Tentera Darat, Abdul Rahman Yusof, 59, meneruskan warisan pembuatan dodol tradisional keluarganya yang menggunakan resipi turun-temurun sejak 1965. Beliau mengambil alih perusahaan itu pada tahun 2025 sebagai generasi keempat yang mengekalkan rasa asli dodol yang dikatakan tidak berubah sejak lebih 60 tahun lalu. Menurutnya, permintaan dodol biasanya meningkat menjelang bulan Ramadan kerana ia menjadi antara juadah manisan yang digemari ketika berbuka puasa serta hidangan tradisi menjelang sambutan Aidilfitri.

Dodol yang dihasilkan menggunakan bahan asas seperti santan, gula merah, tepung dan gula pasir serta dimasak secara tradisional menggunakan lima kawah. Proses memasak memerlukan kesabaran kerana adunan perlu dikacau berulang kali sehingga mencapai tekstur yang sesuai. Walaupun hanya dibantu lima pekerja, beliau tetap mengacau dodol sendiri sehingga benar-benar letih sebelum berehat, lebih-lebih lagi ketika tempahan meningkat sepanjang Ramadan.

Beliau menawarkan dodol biasa dan dodol durian dengan beberapa saiz bekas pada harga antara RM1.50 hingga RM32 bagi dodol biasa dan RM2 hingga RM36 bagi dodol durian. Dalam sehari, kira-kira 20 bekas dodol biasa bersaiz kecil, 30 bekas sederhana dan 20 bekas besar terjual, manakala dodol durian pula mencatat jualan sekitar 10 bekas kecil, 25 bekas sederhana dan 10 bekas besar. Jualan ini lazimnya bertambah apabila tiba Ramadan kerana ramai pelanggan membeli sebagai juadah berbuka puasa atau untuk dibawa pulang sebagai hidangan keluarga.

Pekerja Dodol Warisan merujuk papan catatan pesanan pelanggan yang memaparkan jenis serta kuantiti tempahan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan menuangkan santan segar sebagai bahan utama dalam proses penyediaan dodol ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan mengacau dodol di dalam kawah agar dimasak dengan sempurna untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan mengacau dodol di dalam kawah agar dimasak dengan sempurna untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pengurus Dodol Warisan Selangor, Abdul Rahman Yusof, 59 memantau pekerja mengacau dodol di dalam kawah agar dimasak dengan sempurna untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan mengasingkan dodol yang siap dimasak untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan menyusun dodol di ruang agihan jualan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pengurus Dodol Warisan Selangor, Abdul Rahman Yusof, 59 beramah mesra dengan pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.
Pekerja Dodol Warisan mengacau dodol di dalam kawah agar dimasak dengan sempurna untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Pinang, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MAC 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast