Pembuat panjut buluh, Khairul Nizam Kamaruddin, 37, memeriksa panjut buluh yang siap direka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.

Buluh merupakan simbol ikonik Hari Raya Aidilfitri yang bukan sahaja digunakan untuk memasak lemang, malah sebagai pelita atau panjut tradisional. Bagi memenuhi permintaan yang tinggi, pencari buluh sanggup meredah hutan berbukit sepanjang Ramadan untuk mengumpulkan sehingga 800 batang buluh berkualiti demi menghidupkan suasana perayaan.

Selain kegunaan kulinari, pengusaha seperti Pak Tam memanfaatkan buluh sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan pelita buluh buatan tangan.

Dijual pada harga RM18 sebatang, produk ini mendapat sambutan hangat kerana nilainya yang mampu membangkitkan nostalgia dan mengekalkan tradisi malam tujuh likur dalam kalangan masyarakat moden.

Pekerja, Edi Supriadi melakukan kerja-kerja membersihkan hasil buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja melakukan kerja-kerja menebang buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja melakukan kerja-kerja memotong batang buluh dengan menggunakan gergaji ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja, Edi Supriadi melakukan kerja-kerja memotong batang buluh dengan menggunakan gergaji ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja, Edi Supriadi mengusung buluh-buluh yang siap ditebang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja membersihkan hasil buluh yang telah dipotong dengan menggunakan kain bagi memastikan tiada kekotoran yang tertinggal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pekerja, Edi Supriadi membawa menggunakan motosikal hasil buluh yang siap dipotong sambil menuruni bukit yang curam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu 19, Hulu Langat. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Khairul Nizam Kamaruddin, sambil dibantu Zamri Nasir, melakukan kerja-kerja memotong buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Zamri Nasir, 35, melakukan kerja-kerja menebuk lubang sumbu panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Zamri Nasir atau Pak Teh, 35, melakukan kerja-kerja menebuk lubang sumbu panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Muhammad Nasir Kamaruddin, 33, melakukan kerja-kerja mengecat panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Muhammad Nasir Kamaruddin, 33, melakukan kerja-kerja memasang sumbu ke dalam panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Zamri Nasir, 35, sambil dibantu Muhammad Nasir Kamruddin, 33, mengisikan diesel ke dalam panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Ahli keluarga menikmati suasana dengan bermain bunga api menggunakan panjut buluh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.
Pembuat panjut buluh, Khairul Nizam Kamaruddin atau Pak Tam, 37, Zamri Nasir atau Pak Teh, 35, dan Muhammad Nasir Kamaruddin, 33, bergambar bersama panjut buluh yang dihasilkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kelanang, Banting. Foto SADIQ SANI, 18 MAC 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast