Foto: Laman web United Airlines

NEW YORK – United Airlines akan mengurangkan kapasiti penerbangan berikutan kenaikan mendadak kos bahan api jet, yang dijangka terus meningkat susulan perang berterusan di Timur Tengah.

Harga penanda aras minyak mentah melonjak kepada sekitar AS$100 setong dalam tempoh tiga minggu lalu.

Ketua Eksekutif United, Scott Kirby berkata, langkah itu dibuat kerana mengandaikan harga minyak mencecah AS$175 setong dan tidak kembali ke paras AS$100 setong sehingga penghujung 2027.

“Jika harga kekal pada paras semasa, bil bahan api United akan meningkat sebanyak tambahan AS$11 bilion tahun ini, kata Kirby dalam satu kenyataan kepada kakitangan.

Sebagai tindak balas, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan penerbangan di laluan yang tidak lagi menguntungkan pada harga bahan api semasa, mewakili “kira-kira lima mata daripada kapasiti yang dirancang tahun ini dalam jangka pendek,” katanya.

Namun buat masa ini, permintaan penumpang kekal kukuh, dan United tidak akan mengurangkan pekerjaan atau kos, atau menangguhkan pelaburan, serta masih merancang untuk menerima kira-kira 120 pesawat baharu tahun ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast