KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di Batu 15, Jalan Labuk serta Taman Megah, Sandakan, Sabah malam tadi.
Ibupejabat Polis Daerah Sandakan dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dilakukan kira-kira 10 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND).
“Dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu atau methamphetamine manakala seorang lagi ditahan kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kesemua suspek ditempatkan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette
















