Majlis Peluncuran AI-LEAD UTeM yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka dan juga Canselor UTeM, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan (AI-LEAD UTeM) yang pertama di negara ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, penubuhan pusat itu bertujuan memperkukuh peranan universiti dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja celik teknologi malah mampu memimpin era kecerdasan buatan secara beretika dan strategik.

Menurutnya, AI-LEAD UTeM akan berfungsi sebagai pusat pemikir dan pakar rujuk di peringkat nasional, serantau dan global melalui pelaksanaan latihan, penyelidikan, perundingan, pembangunan polisi serta pemindahan ilmu berkaitan kepimpinan AI.

“Penubuhan ini memberi impak kepada pembangunan kepimpinan berteraskan kecerdasan buatan selain memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi serta penghasilan kertas polisi yang relevan dengan keperluan industri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pusat itu telah mula beroperasi sejak hujung Februari lalu dan akan dibangunkan melalui tiga fasa melibatkan penubuhan, pelaksanaan program serta pengantarabangsaan.

Majlis peluncuran AI-LEAD UTeM disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTeM, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di kampus induk universiti berkenaan, baru-baru ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast