Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, hari ini. Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pertemuan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Razman Abu Samah.

Perkara itu dikongsi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Shamsul Azri dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau berkesempatan mempersembahkan perkembangan terkini berkenaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Johor semasa pertemuan tersebut.

“Patik menjunjung titah Tuanku yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap pelaksanaan segera projek-projek berkepentingan rakyat, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekonomi negara dan negeri Johor,” katanya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast