KUALA LUMPUR – Harga diesel di Semenanjung naik 70 sen manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen di seluruh negara mulai esok.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter setakat hari ini manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.27 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.
Harga diesel di Semenanjung akan ditetapkan pada RM6.72 seliter meningkat daripada RM6.02 seliter.
Petrol RON95 bersubsidi bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa hingga 15 April.
MoF memaklumkan, harga minyak ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya bukan harga semasa hari ini yang mencatatkan penurunan berikutan pengumuman gencatan senjata.
Kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu, yang mencecah sekitar USD150 setong bagi produk petrol dan USD250 setong bagi produk diesel, terus mempengaruhi harga runcit minyak dalam negara. – MalaysiaGazette
















