Gambar hiasan

MELAKA – Tular perkongsian pengalaman oleh pengguna di media sosial mendakwa dikenakan caj tambahan selepas menaiki beca di sekitar bandar raya Melaka beberapa hari lalu.

Pengguna Threads, Yasmin_aishah mendakwa, dia bersama suami anaknya yang masih bayi pada awalnya bersetuju dengan kadar RM50 bagi satu pusingan lawatan.

Namun sebaik perjalanan selesai, pengayuh beca terbabit didakwa meminta bayaran tambahan sehingga RM80 tanpa penjelasan munasabah.

Tangkap layar perkongsian pengalaman oleh pengguna di media sosial mendakwa dikenakan caj tambahan selepas menaiki beca di sekitar bandaraya Melaka sejak beberapa hari lalu.

“Naik beca dekat Melaka. Katanya RM50. Tetiba dah habis round, mintak tambah duit… Dia kata RM80… Husband cakap RM60 boleh la. Pak Cik pun terima la RM60. Tapi macam tak syok la ek. Deal lain, bayar lain,” tulisnya.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Pengguna nurul.atiqah94 berkata, “Aik beca yang lawa lawa tu ke? Baru naik this month RM25” sebelum dibalas Yasmin “RM25 itu 5 tempat tak silap. Kami deal yang RM50. Tapi bila dah siap tu, dia mintak lebih sampai RM80”.

Seorang lagi pengguna, naqie_naqiu mendakwa, “Beca Melaka memang banyak scam pun. Kayuh pusing tempat sama, mintak puluh-puluh.”

Dalam satu lagi respons, Yasmin_aishah menjelaskan, “Kami RM50 suami isteri + baby. Deal begitu. Stop dalam 8 tempat kot. Tak ingat. Tapi lepas sampai habis tu, dia mintak RM80. Tu saya tanya kenapa. Sebab kami lama ke. Dia tak jawab pulak”.

Seorang pengguna, musis_90 berkata, “Boikot je. Tapi rasa tak semua macam tu, dalu naik memang RM45-50”.

Manakala bananachickensamosa mendakwa, “Memang scam. Dia ikut harga ikut suka”.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknyta akan melakukan siasatan terhadap dakwaan itu yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ketika ini, terdapat kira-kira 250 pengayuh beca di Melaka yang telah dilesenkan di mana setiap beca mereka mempunyai kod QR di bawah inisiatif pendigitalan pihak berkuasa negeri bagi menjamin keselamatan penumpang serta pengayuh beca.

Datuk Shadan Othman

“Salah satunya adalah untuk kita melakukan pantau pengayuh beca daripada melakukan perbuatan seperti scammer ini kerana kadar yang kita tetapkan ialah antara RM25 hingga RM50 bergantung pada jarak laluan tertentu.

“Kalau pengguna beca rasa terkesan, ditipu mereka boleh scan kod QR pada beca itu dah laporkan terus kepada MBMB yang akan respon dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan antara tempoh dua hingga tiga minggu dan jika didapati melanggar syarat lesen, pengayuh beca berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk lesen beca digantung

“Namun setakat ini, kita belum pernah menerima aduan mengenai harga daripada kecuali isu lain kebanyakannya berkaitan disiplin pengayuh beca sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast