Foto FB Azad Jasmin.

KUALA LUMPUR – Tindakan penyampai radio Era, Azad Jasmin menggelar ibu pempengaruh sensasi, Tareq Fit sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO mendapat kecaman netizen.

Tareq yang sebelum ini sering dikecam namun berbeza kali ini apabila ramai berpendapat tindakan Azad memburukkan ibu Tareq pula dianggap tidak wajar.

Lebih teruk, terdapat segelintir netizen yang mahu memboikot radio Era kerana perkara tersebut.

“Era FM, maaf kami nak boikot kalau Azad masih ada. Banyak sangat kes dia ini, perangai serius teruk. Aku pun tak suka Tareq tetap cara Azad balas sumpah kurang ajar.

“Zaman bila bergaduh main mak pula, memalukan betul. Macam ini ke kualiti pekerja Era FM?” soal seorang netizen.

Isu itu mula tercetus selepas Tareq memberi nasihat kepada Azad mengenai dunia hiburan boleh merosakkan akhlak.

“Ini ke akhlak seorang artis yang kalian sokong? Kurang ajar betul. Aku tegur fasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang. Kau sudah tua dan jangan rosakkan akhlak ummah.

“Tiba-tiba libatkan emak aku dengan benda yang tidak elok langsung. Percaya bila aku cakap tentang geng-geng hiburan haram ini, mengejek pasal kubur, astaghfirullah,” katanya dalam platform Threads.

“Hang (kau) tanya aku halal atau tidak bukan? Jawapan aku ringkas saja, ‘mak ang’. Sekali lagi nak pesan, sebelum hang nak menunggang (agama), fikir-fikirlah ‘mak ang’ nah.

“Kasihan tau, sebab anak menunggang, ‘mak ang’ yang kena tanggung. Ish, parah dah kau ini,” balasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast