KUALA LUMPUR – Tiga individu maut dipercayai ditembak dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor, tengah hari tadi.
Memetik laporan Berita Harian, kejadian itu difahamkan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.
Menurut sumber, terdapat satu tangkapan iaitu seorang lelaki dan rampasan sepucuk pistol berjaya dibuat.
Kejadian itu turut tular di media sosial apabila dikongsikan saksi yang berada di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, ketika dihubungi mengesahkan kes tembakan itu.
Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
“Kes tembak. Kami masih lagi menyiasat tempat kejadian. Nanti kami akan berikan kenyataan,” katanya ringkas seperti dilaporkan Berita Harian. – MalaysiaGazette
















