Tertuduh, Muhammad Fudhail Fathollah Hamdan, 23, mengaku tidak bersalah sebaik tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

MELAKA – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan selain memiliki gambar serta video lucah, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Fudhail Fathollah Hamdan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan 11 tahun.

Perbuatan itu didakwa dengan cara menarik mangsa ke dalam sebuah rumah kosong, menolak ke dinding dan memaksa mangsa membuka mulut.

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017

Ia dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang, 12 April lalu ketika berada di dalam sebuah rumah kosong di Kem Terendak, Sungai Udang Melaka.

Tertuduh yang sudah bertunang turut berdepan satu pertuduhan memiliki pelbagai gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit miliknya ketika berada di Pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, 13 April 2026 lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qayyum Ramlan mencadangkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan.

Tertuduh yang diwakili peguam, Amritpal Singh bagaimanapun merayu jaminan rendah memandangkan prebet tentera itu bakal bakal menamatkan zaman bujang Disember ini.

Raja Noor Adilla kemudian penghakimannya kemudian membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh untuk tidak mendekati mangsa yang juga saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Kes akan disebut semula 26 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast