FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan telah mengarahkan peruntukan awal berjumlah RM100,000 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (SMK P14) dekat sini yang terbakar petang tadi.

Fadhlina Sidek berkata, bantuan itu diberi bagi tujuan kerja -kerja pembersihan awal selepas siasatan oleh bomba selesai.

“Mulai esok, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan mengadakan sesi psikososial bersama warga sekolah untuk mengingatkan tentang langkah-langkah keselamatan di sekolah.

“Semoga warga SMK P14 diberikan kesabaran menghadapi ujian ini dan KPM (Kementerian Pendidikan) akan sentiasa memastikan keselamatan warga sekolah menjadi keutamaan,” katanya dalam media sosialnya.

Sebelum itu, bomba mengesahkan bahagian belakang pentas dewan SMK P14 terbakar dalam kejadian pukul 6 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14(1), Penolong Penguasa Bomba, Dianty Hussain berkata, kebakaran tersebut melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan dengan anggaran keluasan kebakaran kira-kira 12×50 kaki persegi.

Bagaimanapun tiada mangsa terlibat kerana kebakaran berlaku di luar waktu persekolahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast