Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dijadual bermula 1 Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ia bagi memastikan kelancaran sistem dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berada pada tahap terbaik.

Menurut JIM, orang ramai masih boleh memperbaharui pasport sedia ada seperti biasa dan PMA yang masih sah boleh terus digunakan sehingga tamat tempoh.

“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dari semasa ke semasa.

“JIM amat menghargai kerjasama dan sokongan berterusan dariapda orang ramai serta kekal komited dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast