Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, mengulas keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun.
Beliau menjelaskan bahawa pembubaran DUN Johor bukanlah satu kejutan kerana perkara tersebut telah diperkatakan lebih awal. Menurut beliau, keputusan itu dibuat ketika UMNO dan Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang kukuh di Johor serta merupakan satu strategi politik yang tepat pada masa dan ketikanya.















