Pas mengumumkan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pas mengumumkan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas membuat penilaian menyeluruh terhadap kedudukan dan hala tuju hubungan kedua-dua parti berkenaan.

Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung malam ini dan dipengerusikan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Pas memaklumkan mesyuarat itu turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik parti berkenaan.

Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat mengenai keputusan berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 08 JUN 2026.

“Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa dan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu,” kata Abdul Hadi.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat berasaskan prinsip penyatuan ummah yang menjadi antara teras perjuangan Pas dalam menentukan hala tuju kerjasama politiknya.

Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga ADUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob ketika hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat mengenai keputusan berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 08 JUN 2026.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas memaklumkan parti itu akan terus meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast