Lapan deretan kedai di Jalan Bakri, Taman Sri Emas di Muar musnah dalam kebakaran

MUAR – Sebanyak lapan deretan kedai di Jalan Bakri, Taman Sri Emas di sini musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 7 malam  itu tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan I Jahairi Shukor berkata, seramai 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mereka dibantu anggota dari BBP Pagoh dan BBP Gambir dengan disertai tiga jentera Fire rescue Tender (FRT) dan sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

“Kebakaran melibatkan deretan kedai jenis separuh kekal yang terdiri daripada lapan unit kedai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran masih lagi dilakukan, punca kejadian dan kerugian sedang dikenal pasti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast