Dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan maut selepas dilanggar dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Lebuh Raya Utara Selatan, Kulai hari ini.

KULAI – Dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan maut selepas dilanggar dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Selatan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut pukul 2 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan lori muatan ayam dipandu seorang lelaki warga tempatan, 40, dan kalendan, 23, manakala lori syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) dipandu seorang lelaki tempatan, 43, dan kelindan seorang lelaki warga Bangladesh, 56, dan lori tangki dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun.

“Pekerja Propel berkenaan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kiri jalan kemudian datang dari arah belakang lori muatan ayam melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori Propel,” katanya dalam kenyataan.

Dua pekerja Propel maut manakal dua lagi cedera dalam kemalangan tiga lori

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu dan kelindan lori Propel mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, pemandu dan kelindan lori muatan awam pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.

Sementara pemandu lori tangki katanya, tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Aafuan Abnu Naim  017-7573507. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast