KUALA LUMPUR – Bekas Menteri, Dr Maszlee Malik bersedia berdebat dengan Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Debat Perdana Johor? Ramai yang telah menghubungi saya berkenaan pelawaan debat dengan YAB Dato Onn Hafiz menjelang PRN Johor.
“Dengan segala rasa rendah diri dan hormat serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan/ cabaran ini.
“Insya-Allah kita bersama-sama menjadikan ruang debat/ dialog ini sebagai wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang. Bismillah,” katanya.
Maszlee sebelum ini dipilih menjadi calon Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa oleh Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.
Sebelum itu, ada desas desus beliau bakal menjadi poster boy PH dalam PRN yang sama. – MalaysiaGazette
















