Garisan polis, garisan kuning
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar wanita warga asing berusia 20-an ditemukan maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menahan seorang penuntut lelaki warga asing berusia 20-an dari IPTS yang sama bagi membantu siasatan.

Turut dirampas beberapa barang kes yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Menurut M Hussin, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 11.03 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang juga penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini,

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat yang akan dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013- 3352547.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan berkaitan kes itu di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast