Kamil Munim

SEGAMAT – “Nak bagi Perdana Menteri guna kompleks penghulu di Sungai Balang pun tak boleh?”.

Dakwaan itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim yang mempersoalkan layanan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan ke Sungai Balang, pada dua minggu lalu.

Dakwa beliau, program yang menghimpunkan nelayan, petani, usahawan dan warga pendidik itu sepatutnya berlangsung di Kompleks Penghulu Sungai Balang.

Bagaimanapun, acara tersebut dikatakan tidak dapat diteruskan selepas Pejabat Pegawai Pembangunan Negeri dimaklumkan oleh Pejabat Daerah bahawa fasiliti itu tidak boleh digunakan.

Akibatnya, program tersebut terpaksa dipindahkan ke sebuah jeti dan dikendalikan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Bayangkan seorang Perdana Menteri datang ke sini  nak bertemu nelayan, petani dan peniaga kecil, warga pendidik, golongan belia pun kemudahan kerajaan tidak dibenarkan digunakan. Apa sebenarnya masalahnya?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah kelompok menerusi pendedahan ekslusif menyangksl “PMX anak tirikan Johor, Johor membangun sendiri atau bersama Kerajaan Pesekutuan?” di Gelanggang Futsal Jalan Impian, Taman Sutera di sini.

Program berkenaan dijalankan bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pemanis, Jalex Lee En Xiang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn  Hafiz Ghazi, lebih mengutamakan percaturan politik berbanding semangat kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ironinya, kata Kamil, Johor merupakan antara negeri yang menerima manfaat besar daripada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar.

Ia termasuk projek hospital, klinik kesihatan, institusi pendidikan, kemudian pengakutan termasuk ETS (perkhidmatan tren elektrik), RTS (Sistem Transit Rapid), lebuh raya dan yang lain.

Negeri Johor juga dakwanya, menerima peruntukan pembangunan ketiga terbesar selepas Sabah dan Sarawak bernilai RM 39.1 bilion sepanjang tempoh Anwar memerintah.

Selain itu, banyak isu negeri diselesaikan Kerajaan Persekutuan.

Tambah Kamil, Johor adalah kedua tertinggi menerima Sumbangan Tunai Rahmah dan i-Sara selepas Selangor.

Johor juga penikmati pelaburan paling tinggi dalam sejarah di negara ini sejak dari zaman kemerdekaan.

“Apakah ini langsung tidak ada sumbangan jasa daripada Kerajaan Pesekutuan.

“Tetapi bila Perdana Menteri nak turun bertemu rakyat, kemudahan kerajaan pula tidak boleh digunakan,” dakwa beliau lagi.

Menurut beliau, tumpuan sepatutnya diberikan kepada kejayaan dasar kerajaan dan manfaat yang diterima rakyat Johor, bukannya mewujudkan kontroversi yang akhirnya menimbulkan persepsi hubungan dingin antara kerajaan negeri dan Putrajaya.

“Cakap tentang politik ini apabila nak bercakap dengan orang ini cakaplah tentang kejayaan kita, polisi kita,” ujarnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.