KUALA LUMPUR – Doakan keadilan ditegakkan di mahkamah esok, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Itu reaksi Ahli Parlimen Muar itu malam ini sebelum keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, esok.
“Enam tahun saya melawan demi keadilan. Sepanjang enam tahun ini, saya tidak pernah minta kes ini ditangguh. Saya tidak pernah minta jalan pintas. Saya tidak pernah minta layanan istimewa.
“I faced it head on. I dared to fight, because my conscience is clear.
“Saya sudah pertahankan kebenaran dengan segala kudrat kini, saya serahkan seluruhnya kepada Allah SWT kerana selepas manusia berusaha, Allah-lah sebaik-baik penentu,” katanya dalam kenyataan berserta video malam ini. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Bebas atau dipenjara, nasib Syed Saddiq ditentukan Selasa ini
















