Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang terbabit dengan kes buli sudah disingkirkan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua lagi pelajar digantung sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

Jelas beliau, hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab MRSM bersidang pagi hari ini.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo.

Kelmarin, Asyraf Wajdi memberi amaran enam pelajar MRSM di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli berdepan tindakan disingkirkan daripada institusi berkenaan sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.Beliau berkata, susulan laporan kes terbaharu itu, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan pentadbiran MRSM supaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dengan kadar segera.

“Mesyuarat JDM perlu diadakan dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat. Jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM.

“Saya amat berdukacita, kesal dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai satu kes buli yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor,” katanya.

Asyraf Wajid berkata, berkata kes itu hanya diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial apabila anak mereka memohon untuk keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli.

Katanya, insiden yang disyaki melibatkan enam pelajar Tingkatan 5 itu kini dalam siasatan pihak berkuasa selepas ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa dan keenam-enam pelajar terbabit telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast