Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang pelajar perempuan susulan kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting dekat sini pagi tadi.   

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akmarizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita tempatan pukul 9.40 pagi tadi.

“Pengadu memberitahu terdapat seorang pelajar cedera di dalam kawasan sekolah dan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat segera dikejarkan ke lokasi untuk siasatan.

“Hasil siasatan mendapati, pelajar terbabit ditikam menggunakan sebilah pisau oleh suspek yang juga seorang pelajar perempuan.

“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Banting dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi bagi tidak menganggu siasatan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi IPD Kuala Langat di talian 03-31872222. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar perempuan cedera ditikam di sekolah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast