JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau lebih selesa menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana pemimpin parti itu memiliki integriti tinggi berbanding parti Cina lain di negara ini.
Malah Perdana Menteri berkata, beliau lebih berasa selamat dengan DAP walaupun mendapat tohmahan liar apabila dituduh sebagai ‘alat Cina’.
Jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu, Malaysia sebenarnya mampu menjadi negara yang hebat sekira isu perkauman yang melampau itu dapat dihapuskan.
“Negara ini boleh selamat dan boleh hebat. Syaratnya, hentikan rasisme, sikap pelampau.
“Kau nak tuduh aku ini alat Cina, kamu beritahu apa dia. Apa yang saya buat? Bagi pendidikan orang Cina, beritahu saya apa yang Anwar menyerah kepada Cina.
“Sebab saya kawan dengan DAP? Bagi saya lebih selamat, lebih baik, lebih ada integriti kawan dengan DAP daripada parti Cina mereka.
“Tanah rizab Melayu? Masa kamu perintah, tanah rizab Melayu terlepas. Masa kita perintah, tanah rizab Melayu kau lupa kita pulihkan 50 hektar untuk kali pertama dalam sejarah.
“Ini adalah kerajaan Madani, Pakatan Harapan. Kita bagi tahu terus terang. Tetapi jangan halang pembangunan dan kemajuan masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkempen pada Grand Finale Harapan Johor Selatan di Puteri Wangsa di sini hari ini.
Turut hadir, calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.
Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, Kerajaan Madani juga yang telah menyelesaikan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang berlarutan berpuluh tahun sedangkan parti MCA dari Barisan Nasional hanya tahu memperjuangkan tanpa ada penyelesaian sebelum ini.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau pada mulanya enggan menyentuh tentang rakan parti dalam gabungan Kerajaan Madani namun terpaksa membuat perjelasan kerana ‘diserang’ timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional.
“Dan depan orang Melayu yang ada, saya beritahu hak masyarakat Cina, kita selesaikan UEC. Berapa puluh tahun MCA jerit, dia diselesaikan? Siapa yang selesai isu EUC? Bukan MCA. Kita dalam kerajaan.

“UTAR (Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman)?. Sebenarnya saya minta maaf, saya telah mengelak mengulas khususnya parti dalam gabungan dalam kerajaan. Awak tahu kenapa? Kerana kita mahukan kestabilan di negara ini. Kami mahu gabungan kerajaan berfungsi dengan berkesan.
“Tetapi papar keangkuhan kuasa di sini dan juga suara dari ahli gabungan kita, apa dia? Mereka tipu pasal cukai, mereka tahu mereka ada akses.
“Semalam Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional, tanyalah dia mengapa serang kita begitu rupa. Bantuan UTAR, saya sendiri turun ke UTAR dan sampaikan.
“Saya seorang Melayu dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu namun saya tidak berasa keberatan. Saya bersedia untuk menyokong UTAR walaupun ia merupakan satu inisiatif masyarakat Cina.
“Mengapa? Kerana saya menyokong inisiatif pendidikan untuk rakyat Malaysia. Walaupun ia inisiatif masyarakat Cina, apa salahnya? Orang Melayu akan mendapat manfaat, begitu juga orang Cina,” katanya.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan kerajaan yang bersetuju meluluskan pelanjutan tempoh pelepasan cukai kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) bagi tempoh 10 tahun adalah kerana perjuangan MCA selama ini.
Sementara itu, Pilihan Raya Negeri Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan hari pengundian ditetapkan esok manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai lalu. – MalaysiaGazette


















DAP tu bukan parti Cina ..tp parti rasis…DAP ada integrity? Merepek…tu kes Guan Eng, kenapa digugurkan oleh Tommy Thomas? Tak payah nak bodoh2 kan rakyat lagi laaa