Statistik keluar mengundi Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor setakat jam 12 tengah hari

JOHOR BAHRU – Beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor merekodkan kadar keluar mengundi melepasi 35 peratus setakat kemas kini semasa hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini setakat jam 12 tengah hari ini.

Berdasarkan statistik terkini, N.44 Larkin dan N.04 Kemelah masing-masing mencatat kadar keluar mengundi tertinggi iaitu 35.46 peratus, diikuti N.28 Mengkibol (35.43 peratus), N.49 Kota Iskandar (34.72 peratus), N.45 Stulang (34.59 peratus), N.11 Serom (34.17 peratus) dan N.02 Jementah (34.11 peratus).

Turut mencatat kadar melebihi 33 peratus ialah N.41 Puteri Wangsa (33.96 peratus) dan N.47 Kempas (33.70 peratus).

Sementara itu, kelompok DUN yang merekodkan kadar sekitar 31 peratus ialah N.08 Bukit Pasir (31.83 peratus), N.21 Parit Yaani (31.83 peratus), N.17 Semerah (31.31 peratus), N.48 Skudai (31.04 peratus) dan N.46 Perling (31.01 peratus).

Bagi DUN lain, N.15 Maharani merekodkan 30.95 peratus, diikuti N.10 Tangkak (30.86 peratus).

Sebaliknya, beberapa kawasan masih merekodkan kadar keluar mengundi di bawah 30 peratus iaitu N.13 Simpang Jeram (28.19 peratus), N.12 Bentayan (25.75 peratus) dan N.23 Penggaram (25.42 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70 peratus bagi PRN Johor, justeru peratusan dijangka terus meningkat menjelang penutupan pusat mengundi petang ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast