KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 sebagai bukti rakyat negeri itu memilih untuk mengekalkan kestabilan demi kemajuan ekonomi.
“Ternyata kemenangan itu menjadi bukti Bangsa Johor mahu meneruskan kestabilan sedia ada demi kejayaan ekonomi yang lebih besar,” katanya yang juga bekas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Rengit,
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, atas kejayaan mengetuai kemenangan gabungan berkenaan.
Selain itu, Puad turut menzahirkan ucapan tahniah kepada dua calon BN, Yusla Ismail yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang dan Zaidi Japar yang memenangi kerusi DUN Rengit.
“Saya doakan mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, dia membantu kempen dua calon Pakatan Harapan atas kapisiti peribadi mereka.
“Apakah hala tuju politik saya selepas ini? Hanya Allah yang tahu. The rest, “business as usual”,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
















