Abdukodir Khusanov. Foto IG Manchester City.

LONDON – Manchester City mengikat pemain pertahanan mudanya, Abdukodir Khusanov bagi jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun.

Perjanjian baharu itu menyaksikan pemain pertahanan tengah Uzbekistan berusia 22 tahun itu kekal di Stadium Etihad sehingga 2031.

Musim lalu, Khusanov membantu City meraih Piala FA dan Piala Liga selain menamatkan saingan EPL di tempat kedua.

Dia menyertai City dari kelab Perancis, Lens pada Januari 2025 dan sejak itu menjadi antara pemain yang mendapat perhatian dalam skuad berkenaan.

Pemain yang sudah mengumpul 30 penampilan antarabangsa bersama Uzbekistan itu turut beraksi pada Piala Dunia 2026 dengan tampil dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Kumpulan K.

Khusanov menjadi pemain kedua City yang mengikat kontrak untuk tempoh jangka panjang bersama kelab itu minggu ini selepas penyerang England, Phil Foden menandatangani kontrak baharu selama empat tahun. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast