Kaedah membeli barang-barang keperluan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad, ketika tinjauan di Mydin Subang Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 08 OGOS 2025
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan tular bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri sempena Hari Kebangsaan.

MOF dalam hantaran di media sosial memaklumkan poster yang mendakwa perkara itu adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

“Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat,” menurut hantaran itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast