Home Dunia 2 terkorban dalam serangan di bank

2 terkorban dalam serangan di bank

Bank Yoma yang terjejas selepas dibom semalam. foto Agensi

YANGON – Dua orang terbunuh manakala 22 orang lagi cedera dalam letupan bom di sebuah bank di utara Myanmar.

Bom tersebut diletupkan di bandar Lashio di negeri Shan, lokasi yang telah menyaksikan beberapa pemberontakan etnik selama beberapa dekad.

Dua kakitangan wanita di Bank Yoma terbunuh, menurut seorang pegawal keselamatan.

“Beberapa bangunan berhampiran turut dimusnahkan selepas letupan agak kuat. Kawasan itu kini dikawal tentera,” kata pengawal itu.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast