Dua Warga Asing Maut Kilang LPG Di Klang Terbakar

Dua warga asing yang sebelum ini cedera dalam kebakaran di sebuah kilang penyimpanan tong gas LPG di Klang pada 21 Januari lalu disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih dirawat akibat kecederaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao, memaklumkan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, sementara siasatan bomba diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur kecuaian atau jenayah.

Kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain telah menyebabkan kerugian dianggarkan sekitar RM5 juta. Keterangan daripada pemilik kilang, pekerja, dan saksi sedang dikumpul untuk membantu siasatan lanjut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast