Tiga sekeluarga ditemukan rentung dalam kejadian sebuah rumah di Kampung Darau, Menggatal, Sabah awal pagi tadi. - Foto: Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga ditemukan rentung, manakala seorang lagi cedera melecur dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Darau, Menggatal, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi pada jam 1.50 pagi.

Katanya, sebaik sahaja tiba pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang musnah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi.

“Namun, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan akibat melecur,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan portal SabahMedia hari ini.

Difahamkan tiga mangsa sekeluarga yang rentung terdiri daripada dua wanita berusia 67 dan 29 tahun serta seorang lelaki berusia 53 tahun.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan akibat melecur dan dibawa menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Turut membantu operasi ialah sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dan dua anggota Sabah Electricity.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.19 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here