Tun Tengku Maimun Tuan Mat

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Tanpa mengulas lanjut  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sedang diteliti.

“Kita sedang meneliti perkara itu,” katanya ringkas ketika ditemui di Majlis Hadiah Bahasa Public Bank – Dewan Bahasa dan Pustaka 2025.

Baru-baru ini, Tengku Maimun mengesahkan beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung semula jawatan itu.

Tengku Maimun merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan itu dan sepatutnya bersara pada 30 Jun ini apabila mencapai usia 66 tahun.

Berdasarkan Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, Hakim Mahkamah Persekutuan boleh berkhidmat sehingga umur 66 tahun namun tempoh perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan sehingga enam bulan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.-

Dua hari lalu, Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan belum menerima tawaran untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan bagi jawatan itu meskipun dijadual bersara wajib pada akhir bulan depan.

Beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada akan mempertimbang tawaran untuk menyambung perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara selama enam bulan lagi. MalaysiaGazette

Saya belum terima tawaran sambung tugas Ketua Hakim Negara – Tengku Maimun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast