Ahmad Al-Baihaqy memeriksa dan membaiki cermin mata Ray-Ban klasik yang patah milik pelanggannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Marc Key Vintage Collection, Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025.

Bagi penggemar fesyen pada era 80-an, Marc Key Vintage Collection mempunyai koleksi cermin mata berjenama Ray-Ban yang tidak lagi dijual pada masa kini dan mempunyai pelbagai reka bentuk serta berkualiti.

Pengasasnya, Ahmad Al-Baihaqy beroperasi sejak tahun 2013 di Bandar Baru Bangi di mana fokus utamanya ialah menjual kaca mata vintaj asli, menyediakan perkhidmatan membaiki dan melakukan saduran emas semula pada cermin mata.

Idea untuk memulakan perniagaan ini datang daripada minat beliau terhadap barangan vintaj dan fesyen klasik. Ahmad Al-Baihaqy percaya bahawa setiap barang lama ada cerita dan nilai tersendiri bukan sekadar barang terpakai, tapi warisan gaya yang boleh diangkat semula.

Bermula secara kecil-kecilan, kini bukan saja beroperasi melalui kedai fizikal, tetapi juga aktif di media sosial seperti Facebook dan TikTok. Beliau mensasarkan golongan muda dan peminat fesyen yang menghargai keunikan dan nilai estetika dalam barangan vintaj.

Visi Ahmad Al-Baihaqy adalah untuk menjadikan Marc Key sebagai peneraju dalam pasaran optik dan gaya hidup vintaj di Malaysia bukan sekadar menjual, tetapi mencipta komuniti pencinta gaya klasik yang tersendiri.

Ahmad Al-Baihaqy melakukan proses penyambungan cermin mata yang patah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy melakukan proses kerja saduran semula emas asli pada cermin mata pelanggannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy melakukan proses kerja saduran semula emas asli pada cermin mata pelanggannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy ketika membaiki cermin mata pelanggannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy melakukan proses kerja memasangkan semula cermin pada bingkai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy melakukan proses membetulkan ‘alignment’ bingkai cermin mata pelanggannya ketika tinjauan MalaysiaGazette di Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Antara koleksi cermin mata berjenama Ray-Ban yang asli dan klasik dipamaerkan bukan untuk dijual ketika tinjauan MalaysiaGazette di Marc Key Vintage Collection, Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025
Ahmad Al-Baihaqy ketika memeriksa cermin mata mewah pelanggannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Marc Key Vintage Collection, Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUN 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast