Anwar berucap pada program Sahabat Madani 2026 sempena Ambang Merdeka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, hari ini.

PERMATANG PAUH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memulangkan penjimatan hasil usaha membanteras salah guna kuasa dan rasuah kepada rakyat khususnya pelajar dan mahasiswa sekiranya terus diberi amanah memimpin negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan hanya mahu memastikan negara kekal stabil daripada segi politik dan aman selain mengajak rakyat terutama golongan muda bersama-sama membangunkan negara.

Beliau berkata, usaha mengelak penyalahgunaan kuasa dan rasuah penting kerana wang yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Kalau saya terus diberi amanah, wang yang dijimatkan boleh dikembalikan kepada pelajar, mahasiswa dan rakyat. Negara ini bukan miskin. Malaysia mempunyai sumber yang mencukupi dan tidak sepatutnya membiarkan hasil negara dirompak oleh sebahagian pihak,” katanya ketika berucap pada program Sahabat Madani 2026 sempena Ambang Merdeka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak boleh menerima tindakan individu yang diberi amanah mengurus agensi, kementerian atau institusi tetapi menggunakan kuasa untuk menipu dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

“Saya tak boleh terima orang yang diberi amanah jaga agensi, jaga kementerian, seorang menteri, seorang pegawai tinggi, seorang pedagang yang menggunakan kuasa menipu.

“Sebab saya tahu nak cari RM50 juta nak tolong anak Tingkatan Enam. Nak cari RM100 juta nak perbaiki sekolah-sekolah daif. Tadi nak cari RM46 juta bantu sekolah-sekolah agama, sekolah rakyat yang daif,” katanya.

Tambah beliau, ada pihak yang menganggap seseorang yang sudah menjadi pemimpin termasuk Perdana Menteri perlu mengambil kesempatan terhadap kedudukan yang dimiliki.

“Ada orang kata kat saya, dia kata PMX, biasalah. Dah jadi pemimpin, kalau tak ambil, bila lagi? Ini dia bibit yang merosakkan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. masalahnya kau dakwa secara terpilih..kalau geng2 kau mcm bekas Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, Nicky Liow, Xavier Jayakumar, Lim Guan Eng, ADUN Sabah, mafia korporat..kau Lepas kan..mana rakyat tak meluat. Lepas tu RCI TH kau bukan main lantang lagi..tp RCI FOrex BNM yg rugi 30 billion, kau senyap..kau ingat rakyat bodoh kaaa

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here