Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Persoalan pelakon, Remy Ishak yang hairan apabila mendengar azan Subuh sebanyak dua kali bermula sekitar pukul 5Ā  pagi di kawasan Jalan Ampang akhirnya terjawab.

Menerusi hantaran di Threads, bapa kepada seorang itu berkata, dia sering terdengar azan pada waktu berkenaan sedangkan waktu Subuh di kawasan tersebut ditetapkan sekitar 6.01 pagi.

ā€œSaya selalu terdengar bunyi azan tepat 5 pagi walaupun waktu Subuh di Jalan Ampang 6. 01am. Adakah perkara ini normal atau saya seorang X-Men?ā€ soalnya berseloroh.

Persoalan tersebut kemudian dijawab seorang pengguna Threads yang menjelaskan laungan azan sebelum masuk waktu Subuh mempunyai tujuan tertentu.

Menurut pengguna @fakhrimamat, amalan melaungkan azan Subuh sebanyak dua kali merupakan sunnah Nabi SAW.

Katanya, azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu Subuh sebagai peringatan bahawa waktu tersebut semakin hampir dan ia juga menjadi tanda kepada umat Islam bahawa waktu sahur hampir berakhirkhususnya ketika bulan Ramadan.

Sementara itu, azan kedua dilaungkan apabila masuk waktu Subuh dan menandakan bermulanya waktu untuk menunaikan solat fardu berkenaan.

Selepas menerima pencerahan yang bermanfaat itu, Remy dengan rendah meluahkan rasa terima kasih atas ilmu baharu yang diperolehnya.

“Terima kasih tuan. Maafkan saya yang masih jahil,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

14 Komen

  1. masih ada lagi yg mengaku Islam tapi pengetahuan am dlm agama pun tak nak ambik tahu..terima yg memberi pencerahan supaya lebih ramai lagi yg menghayati Islam tulen bukan sekadar Islam BAKA atau Islam keturunan.

  2. janganlah kondem orang dia bertanya kan bagus tu kau tu alim sangat ka tahu semua riak ujub sifat iblis istighfar banyak bro

  3. jika biasa pegi umrah tentu jumpa..di Mekah n Madinah biasa jerr azan 2 kali..kee masa di sana x pi solat subuh di masjid???

  4. Tak semua orang Islam tahu ttg perkara ini. Tindakan Remy bertanya adalah baik dan bermanfaat kpd org Islam lain yg belum tahu. Sama2 kita memperdalam ilmu agama.

  5. Ramai je yg tak tahu baguslah Remy bertanya.. kat Penang mmg azan dua kali. Kalau kat mekah Madinah mmg begitulah

  6. Tak perlu lah kita rendahkan Remy yg tak tau tentang hal azan 2 kali tu. itu bukan perkara fardhu ain. buat sekali pun takpe Jangan kita ekstrim memperlekehkan Islam orang lain.

  7. masjid2 di pulau pinang telah bertahun2 mengamalkan azan pagi 2 Kali. masyarakat India Dan china non Muslim dah terbiasa dgn keadaan ini.

  8. tempat saya dah pama azan subuh 2x , azan yg kedya baru masuk subuh yg sbenarnya…yg pertama just reminder jee bang… harap2 rajin2 la berjemaah kat masjid…

  9. Yang pernah ke Mekah/Madinah saja tau berkenaan azan 2 kali ni… Tk boleh salahkan dia. Di Malaysia pun takda yg buat sebelum ni

Comments are closed.