Pelumba CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil. Foto FB MAM.

KUALA LUMPUR – Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan pelumba CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika perlumbaan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu hari ini.

Menurut kenyataan MAM, insiden yang menimpa pelumba berusia 18 tahun itu berlaku di Selekoh 3 seawal pusingan pertama perlumbaan.

“Farres Putra menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan di litar sebelum dikejarkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Walaupun segala usaha terbaik dilakukan oleh pasukan perubatan yang merawatnya, beliau disahkan meninggal dunia,” menurut kenyataan MAM hari ini.

MAM dalam kenyataan sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham, pasukan CKJ Racing serta seluruh komuniti sukan permotoran Malaysia atas pemergian tragis pelumba berkenaan.

Persatuan itu turut meminta semua pihak menghormati privasi keluarga Allahyarham Farres Putra ketika melalui detik sukar berkenaan.

“MAM menyampaikan ucapan simpati kepada keluarga, rakan sepasukan, sahabat dan semua pihak yang terkesan dengan kehilangan tragis ini,” kata MAM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here