Ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 20 tahun itu diberkas dalam operasi bersepadu melibatkan pasukan dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Rabu lalu media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun yang merupakan penuntut universiti swasta di Cyberjaya ditemui mati di kediamannya selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan kuat.
Walau bagaimanapun, Polis berkata tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan sebarang unsur serangan seksual.















