Lokasi pasangan ditahan selepas dikejar polis sejauh 13 kilometer di Bukit Rambai, Melaka lewat petang semalam.

MELAKA – Polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai pasangan kekasih selepas mengejarnya sejauh 13 kilometer di sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, pasangan itu yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dikejar lima unit peronda MPV dan unit rondaan bermotosikal (URB) polis bermula dari Kampung Lapan Tengkera.

Kenderaan itu akhirnya berjaya dikepung di Jalan Teruna 1, Taman Bukit Rambai, kira-kira 40 minit kemudian.

Menurut sumber, Perodua Myvi berkeaan turut melanggar sebuah kenderaan lain ketika cuba melarikan diri berhampiran Rumah Awam Datin Fatimah,Tengkera 3.

“Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek tempatan masing-masing lelaki dan wanita berusia 26 dan 28 tahun yang beralamat di rumah pangsa Kesidang dan Pangsapuri Sri Siantan Bukit Baru di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media selepas siasatan lengkap diperolehi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast