SEGAMAT – Satu lagi gempa bumi susulan berlaku di daerah ini yang berukuran 3.2 magnitud pada pukul 8:59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu, gegaran tersebut berlaku pada jarak 18 kilometer (km) Selatan Segamat dengan kedalaman 10 km.

“Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan tersebut.

Gegaran tersebut merupakan yang ketiga berlaku di daerah ini selepas gegaran pertama pada Ahad dengan magnitud 4.1 pada pukul 6.13 pagi sebelum gegaran kedua pukul 9 pagi.

Sementara gegaran berukuran 2.8 magnitud dilaporkan di Yong Peng pada pukul 9 pagi hari yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast