Pelawak dan pelakon, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, 33, selepas Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini mensabitkan lafaz talak yang dibuat pada Jun lalu. Prosiding selama sejam itu turut mengesahkan tiada rujuk berlaku, sekali gus menamatkan kemelut rumah tangga pasangan yang mendirikan perkahwinan pada April 2024.















