Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto SADIQ SANI, 21 APRIL 2026.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan segala fakta berkaitan satu insiden tragis yang meragut nyawa dikenal pasti dan diperjelaskan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau amat dukacita dengan kejadian berkenaan dan menyampaikan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

“Sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, salah laku atau pelanggaran undang-undang, tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KDN dan JIM turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat sukar susulan kejadian itu.

Dalam kejadian awal pagi tadi, tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM KL) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia di lokasi melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun merupakan bapa serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 tahun dan 12 tahun. – MalaysiaGazette

3 beranak maut, ibu cedera dirempuh lori Imigresen di Jalan Sultan Ismail

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here