Gambar hiasan

JAKARTA – Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87.4 juta rupiah (kira-kira RM25,700), iaitu penurunan sekitar dua juta rupiah (kira-kira RM505.56) berbanding tahun lalu.

Ketetapan itu dicapai hasil perbincangan antara Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), kerajaan Indonesia dan Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH) di Kompleks Parlimen pada Rabu.

Pengerusi Suruhanjaya VIII, Marwan Dasopang dalam satu kenyataan berkata jumlah itu dianggap berpatutan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan untuk 221,000 jemaah, dengan purata tempoh berada di Tanah Suci selama 41 hari.

Beliau menjelaskan bahawa jemaah akan membayar 54.2 juta rupiah, manakala baki 33.2 juta rupiah ditanggung menerusi hasil pelaburan dana Haji.

Lebihan sebanyak 149 bilion rupiah akan disimpan sebagai subsidi bagi musim Haji seterusnya.

Beliau juga menegaskan bahawa peningkatan kualiti perkhidmatan kekal menjadi keutamaan, termasuk penyediaan penginapan berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sajian makanan bercirikan Indonesia, serta pemberian wang saku kepada jemaah.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast