Hari ini genap 12 tahun kehilangan pesawat MH370 bersama227 penumpang dan 12 anak kapal.

KUALA LUMPUR – Operasi pencarian baharu bagi mengesan  bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi sejak tahun lalu masih belum menemukan sebarang petunjuk lokasi pesawat berkenaan.

Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan Malaysia berkata berkatam pada 25 Mac 2025, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk melaksanakan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat penerbangan MH370 di kawasan baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Perjanjian itu berdasarkan prinsip “tiada penemuan, tiada bayaran” .

Operasi pencarian itu dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 antara 25 hingga 28 Mac 2025 dan Fasa 2 dari 31 Disember 2025 hingga 23 Januari 2026

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 28 hari operasi pencarian dilaksanakan merangkumi kedua-dua fasa selepas perjanjian dimeterai, dengan tinjauan meliputi kira-kira 7,571 kilometer persegi dasar laut dalam kawasan pencarian yang ditetapkan.

Ocean Infinity juga memaklumkan aktiviti tinjauan tambahan turut dijalankan dalam kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi ditandatangani pada Mac 2025, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi pencarian.

Operasi turut mengalami gangguan secara berkala akibat keadaan cuaca dan laut. Fasa 2 berakhir pada 23 Januari 2026.

“Namun, sehingga tarikh kemas kini ini aktiviti pencarian yang dilaksanakan belum menghasilkan sebarang penemuan yang mengesahkan lokasi bangkai pesawat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sempena 12 tahun kehilangan pesawat berkenaan.

MH370 hilang dari radar selepas mengucapkan “Good night Malaysian Three-Seven-Zero” pada jam 1.19 pagi, 8 Mac 2014.

Kehilangan berlaku semasa ia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam berada ia hendak memasuki ruang udara Vietnam.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus komited memastikan keluarga mangsa dimaklumkan dan akan memberikan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast