Warga emas yang dirakam memandu kereta jenis kancil dalam keadaan terhuyung hayang hingga menyebabkan kemalangan maut bukan disebabkan mabuk.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu mengalami masalah kesihatan.















