Calon bebas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Islah Wahyudi Zainudin mendakwa media membuat laporan salah berhubung pertuduhan membuat hantaran jelik di media sosial.
Beliau yang juga aktivis berkata, tajuk dan laporan yang disiarkan memberikan interpretasi bahawa hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan penolakan atau penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.















