Dr. Robe’ah (tengah) bergambar kenangan bersama Shavitra (kanan) dan Veshvinder (kiri) pada Kem Antarabangsa Bahasa Jerman Ke-12 di Da Nang, Vietnam.

TANJONG MALIM – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyerlahkan kemahiran bahasa Jerman dan keyakinan berkomunikasi di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Kem Antarabangsa Bahasa Jerman Ke-12 di Da
Nang, Vietnam, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, kecemerlangan delegasi UPSI terserlah apabila pelajarnya, Shavitra Singaravelu dan Veshvinder Singh Jagjeet Singh, berjaya meraih tempat kedua dalam aktiviti interaktif Sprachspiele zum Kennenlernen (Permainan Bahasa untuk Perkenalan), sekali gus
membuktikan penguasaan bahasa Jerman serta keupayaan mereka berinteraksi dengan peserta dari pelbagai negara.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan penyertaan mahasiswa dalam program antarabangsa yang bukan sahaja memberi pendedahan terhadap penggunaan bahasa asing, malah membentuk keyakinan dan perspektif global.

“Pencapaian Shavitra dan Veshvinder Singh yang meraih tempat kedua dalam aktiviti Sprachspiele zum Kennenlernen membuktikan mahasiswa UPSI mampu bersaing dan menyerlah dalam suasana antarabangsa.

Shavitra mempersembahkan tarian klasik Bharatanatyam, manakala Veshvinder menyampaikan nyanyian solo Ghazal berinspirasikan Punjabi dengan mengenakan busana tradisional etnik India Malaysia, bersama pensyarah pengiring merangkap pembimbing, Dr. Robe’ah Yusuf.

“Penglibatan delegasi UPSI bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran komunikasi, malah membentuk mahasiswa yang berkeyakinan, berfikiran terbuka serta mempunyai perspektif global.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Robe’ah berkata, penyertaan mahasiswa dalam program itu memberi impak besar bukan sahaja terhadap penguasaan akademik dan bahasa, malah dari aspek pembentukan jati diri serta diplomasi budaya.

“Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahasa Jerman secara praktikal, malah memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadi ‘duta kecil’ Malaysia dengan memperkenalkan kepelbagaian budaya dan identiti negara kepada peserta antarabangsa,” katanya.

Program selama empat hari dari 10 hingga 13 Ogos itu menghimpunkan 79 pensyarah, guru dan pelajar dari enam negara Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Malaysia, Indonesia, Laos dan Filipina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here