Kay Tejan. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengumumkan kehadiran penyerang tengah berketurunan Belanda-Jamaica, Kay Tejan sebagai pemain import kelima Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Berusia 29 tahun, dia pernah beraksi dalam pelbagai peringkat bola sepak Belanda, termasuk Derde Divisie bersama Quick Boys (2016-2018), Tweede Divisie bersama Kozakken Boys (2018-2021), Eerste Divisie bersama TOP Oss (2021-2023) dan Eredivisie bersama SC Telstar.

Selain itu, Tejan turut mempunyai pengalaman di luar Belanda, di Moldova bersama FC Sheriff Tiraspol dalam Super Liga, Poland bersama ŁKS Łódź dalam Ekstraklasa dan Perancis bersama USL Dunkerque dalam Ligue 2 dalam satu musim.

“Antara pencapaian utama pemain berketinggian 187 sentimeter ini adalah memenangi Moldovan Super Liga dan Moldovan Cup bersama FC Sheriff Tiraspol pada musim 2022/23  selain mempunyai pengalaman beraksi dalam pertandingan kelayakan UEFA.

“Tejan merupakan penyerang tengah yang memiliki kekuatan fizikal serta mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan dan telah merekodkan 72 gol sepanjang karier seniornya,” kata kelab itu di laman web rasminya.

Kay Tejan. Foto FB Selangor FC.

Sementara itu, Tejan yang merupakan pemain mahir menggunakan kaki kiri itu turut berkongsi pandangannya mengenai perancangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

“Saya sangat gembira berada di sini dan rasa Selangor FC adalah sebuah kelab yang sangat bagus dan besar. Saya juga telah berbual dengan baik bersama ketua jurulatih mengenai perancangannya, taktikal serta bagaimana beliau mahu menggunakan kelebihan yang saya ada dan lihat beliau merupakan seorang jurulatih yang sangat baik,” katanya.

Tejan turut menyatakan sasaran utamanya untuk mencapai kejuaraan dan mencipta musim yang tidak dapat dilupakan buat para penyokong.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan mereka, dan saya harap kita dapat bersorak bersama-sama serta menikmati kejayaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here