Tangkap layar video seorang warga emas disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian di Kepong, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lepas ditahan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Ya, suspek sudah ditahan dan sidang media akan diadakan esok,” katanya.

Pada 9 Ogos lepas, seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di premis berkenaan.

Jasni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 8 pagi yang memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan, diserang seorang lelaki yang tidak dikenali. – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here