WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan lebih 175,000 visa, terutamanya disebabkan kesalahan jenayah, kata jurucakapnya Tommy Pigott pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut beliau, memandu di bawah pengaruh alkohol, serangan dan kecurian antara kesalahan utama yang menyebabkan visa dibatalkan.
“Lebih 175,000 visa yang telah kami batalkan menunjukkan komitmen kami terhadap program pemeriksaan berterusan.
“Kami tidak akan bertolak ansur dengan warga asing yang memegang visa tetapi melanggar undang-undang, melanggar syarat visa atau menjejaskan keselamatan negara,” katanya menerusi platform media sosial X.
Pada hari pelantikannya sebagai presiden AS ke-47, Donald Trump berikrar untuk menghentikan imigresen haram dan memulakan pengusiran besar-besaran.
Beliau turut mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi menangani krisis sempadan AS.
— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast















